Wednesday 9 August 2017

9.8.2017 RABU : SK MOHIMBOYON MP PEN ISLAM TAHUN 1 PROGRAM PEMANTAPAN PEDAGOGI PdPc pak21 GURU PENDIDIKAN ISLAM 2017

 Asslamualaikum... Alhamdulilllah pagi ni bersama Pegawai Sip PPD Ranau Tn Ibnis merangkap pegawai yang menyelaras PdPc PAK21 daerah Ranau. Menyaksikan sendiri pelaksanaan pdpc Guru Pendidikan Islam oleh Ustazah Rosaini Maditin. 
Kehadiran pada hari ini bersama Ustaz Azron PPP PPD Ranau UPI bersama JUD KSSR PAK21 Ustazah Azlynna SK St Benedict dan Ustazah Norliha SK Pekan Ranau.

Ustazah memilih bidang  Sirah Tahun 1 , tajuk : Mencontohi sifat Rasulullah saw.
Objektif : Murid boleh menyebut sifat rasulullah saw dengan betul secara kumpulan
Aktiviti : 
1. Induksi : Nyanyian 
2. Perbincangan murid menggunakan kaedah PAK21 : Cafe - murid diberikan sifat Rasulullah saw dan memberikan contoh yang dilakukan oleh baginda saw
3. Pembentangan murid enggunakan kaedah PAK21 : Pembentangan Kumpulan - Setiap kumpulan akan membentangkan hasil perbincangan.
4. Penilaian : Formatif / Pentaksiran : Pemerhatian, Soaljawab KBAT 
5. Penutup : Guru merumus pdpc mencapai objektif tercapai atau tidak


hasil perbincagan dengan ustazah : Kemahiran Abad 21, KBAT, EMK dan Pentaksiran berlaku di dalam aktiviti murid sepenuhnya.

KA21 - Induksi, Perbincangan dan Pembentangan, soal jawab selepas pembentangan
EMK - Semasa aktiviti perbincanngan dan pembentangan
KBAT - semasa aktiviti kumpulan dan pembentangan , soal jawab taksonomi bloom
Pentaksiran - semasa pembentangan dan soal jawab serta penutup

==============================

PdPc dimulai dengan ....lepas tu... DOA Belajar oleh murid beramai-ramai


 SETING PAPAN TULIS...
Kiri : MArkah / Tema : Bunga
Tengah : Aktiviti murid ditampal
Kanan : Objektif / kriteria kejayaan

 

selepas tu guru memberikan arahan rules dalam kelas.
" Pada hari ini kita bentuk kumpulan berdasarkan kepada tema Bunga" dalam masa 2 saat sila bincang nama kumpulan. ketua sia berikan nama kumpulan segera...." arahan ustazah
" Rules kelas pada hari ni : setiap pembentangan kumpulan dapat 5 markah, menyoal 5 markah, menjawab pertanyaan 5 markah, membuat bising dll di tolak  3 markah, dan akan ada markah BONUS.... "
 garang ... juga ustzah ni hihi..


yield semaNgat

 

 

ok.... arahan lagi " setiap kumpulan sila berbincang yield semamgat masing2... yes...yes... macam2 la kata2 semangat murid... TERBAIK...

 ========================================

lepas tu ... INDUKSI : 

Murid menyanyikan lagu bersama-sama dengan iringan muzik... Murid semuanya kelihatan gembira.

 ==========================================

lepas tu guru memberikan arahan kepada kelas.

Setiap ketua kumpulan sila ambil manila kad, pen, gam, solitap di meja ustazah... itulah arah guru.
Setiap ketua kumpulan mengambil bahan-bahan yang diarahkan dan dibawa ke meja masing2. Murid sedang menanti arahan dari ustazah..

Baiklah .. setiap kumpulan dikehendaki menulis... menampal sifat2 baik yang boleh dicontohi daripada Rasulullah saw.... arahan dr ustazah.... Sila berbincang dalam kumpulan... masa berbincang 15 minit.

lepas siap sila teriak semangattt.....

PERBINCANGAN - PAK 21 : CAFE











=========================================
PEMBENTANGAN MURID - 
PERMBENTANGAN KUMPULAN 5 MINIT SETIAP KUMPULAN















=============================
Penilaian / Pentaksiran
 


Selepas setiap kumpulan usai membentang hasi kerja kumpulan, kumpulan lain menyoal.
Kata ustazah : " kumpulan matahari.. soalan? " ustazah tak lagi menyoal ... " ada soalan?" hihi.. ayat yang menyebabkan murid tidak akan menyoal.

setiap soalan ada markah yer...?

antara soalan murid :
Bagaimanakah sifat penyayang Rasulullah saw diaplikasikan dalam kehidupan kita?
Mengapa Nabi penyayang ?
Apa itu sifat lemah lembut ?

dan macam2 lagi soalan..... hebatnya ustazah kerana berjaya membangkitkan semangat anak2 tahun 1 untuk menyoal... ada markah lagi tu.

Semua hasil kerja murid ditampal di depan bahagian tengah supaya semua murid boleh baca dan lihat semula.

Hasil kerja murid dihargai dgn memberi bintang... murid yang layak memberikan penilaian dan penghargaan kerja kawan2nya... Sifat yg baik...




========================================
SELESAI PEMBENTANGAN DAN SOAL JAWAB MURID YANG MEMBENTANG DAN MENYOAL MENGGNAKAN SOALAN KBAT TAHAP PEMIKIRAN IFAANC TAKSONOMI BLOOM GURU



PdPc dah nak tamat.... apa seterusnya...


Ustazah menyuruh semua murid tumpukan mata di depan untuk mengira markah setiap kumpulan... semua murid secara tidak langsung akan belajar menambah, menolak ... klu boleh boleh darabkan... bahagikan... ikut rules pada awal tadi.

Tahniah kepada yag menang...

Murid amat gembira menang....

Kata2 semangat lagi.....

yielddddddddddddddd..... go go .........yessss... matahari.



======================================

PENUTUP
" semua murid jom kita imbas kembali pelajaran pada hari ini... objektif ialah.... pelajaran kita... semua murid telah faham kan.... tahniah"

itulah kata penutup ustazah pdpc pada hari ini... semua murid berasa gembira walaupun banyak kerja dan tugasan.



Penutup...... ustazah mengulang dengan murid membaca kembali kerja mereka ...

yild lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..................


TAHNIAH... TAHNIAH... TAHNIAH....
TAMAT 11.10 MINIT PAGI...

========================================
DAPATAN PADA HARI INI:

1. Guru telah sediakan rph, bbm dengan baik.
2. Murid tertarik dengan induksi nyanyian..
3. yield... kata2 semangat wajib ada untuk menaikkan semangat kumpulan..
4. Rules kelas perlu dikuatkuasakan...
5. Perbincangan murid perlu kepada aktiviti yang berkumpulan dan bersungguh-sungguh.. guru perlu awasi dan jadi pemudahcara
6. Pembentangan murid perlukan kepada pengawasan penuh agar semua murid tumpukan kepada isi pelajaran semasa pembentangan...
7. Papan markah perlu untuk penghargaan kepada murid bersama murid.
8. Murid yg kurang bersemangat akan naik semangat rupanya jika berpusatkan murid..
9. Latih murid menyoal ... sila tingkatkan penyoalan berdasarkan kepada Taksonomi Bloom IFAANC alat tahap pemikiran..
10. teruskan pdpc pak 21..

tahniah...

























No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...